Monday, February 29, 2016

Pelihara Solat Berjemaah

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pelihara Solat Berjemaah

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ حَافِظُوا عَلَى هَؤُلَاءِ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ حَيْثُ يُنَادَى بِهِنَّ فَإِنَّهُنَّ مِنْ سُنَنِ الْهُدَى وَإِنَّ اللَّهَ شَرَعَ لِنَبِيِّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُنَنَ الْهُدَى وَلَقَدْ رَأَيْتُنَا وَمَا يَتَخَلَّفُ عَنْهَا إِلَّا مُنَافِقٌ بَيِّنُ النِّفَاقِ وَلَقَدْ رَأَيْتُنَا وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيُهَادَى بَيْنَ الرَّجُلَيْنِ حَتَّى يُقَامَ فِي الصَّفِّ وَمَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا وَلَهُ مَسْجِدٌ فِي بَيْتِهِ وَلَوْ صَلَّيْتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ وَتَرَكْتُمْ مَسَاجِدَكُمْ تَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَوْ تَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَكَفَرْتُم
ْ
Dari Abdullah bin Mas'ud dia berkata; Peliharalah dengan baik lima solat ini ketika dikumandangkan azan, karena sesungguhnya lima solat berjamaah itu termasuk di antara sunnah (jalan) hidayah dan sesungguhnya Allah telah mensyariatkan jalan petunjuk kepada Nabi-Nya SAW, dan sungguh kami menganggap, bahwa tidak seorang pun yang meninggalkan solat berjamaah, kecuali orang munafik yang jelas kemunafikannya. Seingatku, dahulu seseorang (diantara kami) biasa dipapah antara dua orang di kanan kirinya, sampai dia boleh berdiri di sof solat. Tidak ada seorang pun di antara kalian, kecuali mempunyai masjid (tempat solat) di dalam rumahnya. Seandainya kalian mengerjakan solat di rumah kalian dan meninggalkan masjid-masjid kalian, berarti kalian telah meninggalkan sunah Nabi SAW, dan jika kalian telah meninggalkan sunnah Nabi, niscaya kalian telah kafir. (HR Abu Daud No: 463)

Pengajaran:

1.  Pelihara solat waktu dengan berjemaah di masjid  bagi lelaki apabila azan dilaungkan

2.  Solat berjemaah antara cara atau jalan mendapat hidayah Allah

3.  Tidak ada seorang pun dikalangan sahabat (lelaki) yang meninggalkan solat berjemaah di zaman Rasulullah kecuali golongan munafik

4.  Di zaman Rasulullah dan para sahabat, mereka tetap ke masjid untuk solat berjemaah walaupun terpaksa dipimpin

5.  Orang yang meninggalkan solat di masjid bermakna ia meninggalkan antara sunnah Rasulullah

6.  Orang yang meninggalkan sunnah Nabi boleh terjerumus dalam kekufuran.

Bagaimana dengan solat anda?
Ayuh pelihara solat berjemaah di masjid.

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

1hb Mac 2016

Saturday, February 27, 2016

Segerakan Apa Yang Perlu Disegerakan

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Segerakan Apa Yang Perlu Disegerakan

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ يَا عَلِيُّ ثَلَاثٌ لَا تُؤَخِّرْهَا الصَّلَاةُ إِذَا آنَتْ وَالْجَنَازَةُ إِذَا حَضَرَتْ وَالْأَيِّمُ إِذَا وَجَدْتَ لَهَا كُفْئًا

Dari Ali bin Abu Thalib bahwa Nabi SAW pernah bersabda kepadanya: "Wahai Ali, ada tiga perkara jika tiba waktunya tidak boleh ditunda-tunda, solat jika telah masuk waktunya, jenazah jika telah hadir untuk disolatkan dan wanita jika telah datang jodoh yang sekufu (sepadan) dengannya." [HR. Tirmidzi No.156].

Pengajaran:

Tiga perkara yang perlu disegerakan oleh setiap orang Islam apabila sampai waktunya iaitu:

1.  Solat jika telah masuk waktunya

2.  Jenazah perlu disegerakan urusan pengkebumian

3.  Perempuan yang telah ada lelaki  yang sekufu (sepadan)  yang ingin berkahwin dengannya.

JOM SEGERAKAN apa yang perlu disegerakan.

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

28hb Februari 2016

Keutamaan Solat Subuh dan Isyak Berjamaah

Keutamaan Solat Subuh dan Isyak Berjamaah,

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
لَيْسَ صَلاَةٌ أَثْقَلَ عَلَى المُنَافِقِينَ مِنَ الفَجْرِ وَالعِشَاءِ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا
“Tidak ada solat yang lebih berat bagi orang-orang munafiq dari solat Subuh dan ‘Isya’ (secara berjama’ah). Kalaulah mereka tahu keutamaan yang terdapat pada keduanya, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dengan merangkak.” (Shahih Al-Bukhari, no. 657)

Semoga Allah beri kita kekuatan dan jauhkan kita dari sifat orang munafiq.

Nota

Alhamdulillah 
Segala puji bagi Allah yang  menghidupkan kita sesudah  mematikan (tidur) kita dan kepadanya tempat kembali..

ASSALAMUALAIKUM 

Sahabat2  Yg  Dikasihi  Allah...JOM  TURUN  SOLAT  SUBUH  BERJEMAAH 

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu  pada diri Rasulullah  itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (KEREDHAAN) Allah  dan (BALASAN BAIK) hari Akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati  Allah banyak banyak dalam masa susah dan senang".
Surah Al Ahzab :21 "

Hanya  Amalan  yang  akan  dibawa 

Tiada  Panggilan  Sepenting  Seruan  Allah
------------------
Solat DUA RAKA'AT   (SEBELUM) Solat subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya.

Bencana Akhir Zaman

#28hbFeb

Bencana Akhir Zaman Terjadi Jika 15 Perkara Ini Sudah Dilakukan..

PENJELASAN Rasulullah SAW mengenai bencana sering dikaitkan dengan pra-kondisi sebelum terjadinya bencana tersebut. Hadist riwayat Imam Atturmudzi, dan yang menghimpun hadis ini adalah ulama Alwalial annajdwi yang menghimpun 40 hadis yang menerangkan tentang bencana. Ketika dia metafsirkan hadis ini beliau memberi judul “Lima Kedurhakaan / Kemaksiatan yang Dapat Menyebabkan Datangnya Bencana.”

Dari Ibnu Ali bin Abi Thalib berkata, bahwa Rasulullah telah bersabda : “Bilamana umatku telah mengerjakan 15 perkara ini, maka bala bencana pasti akan turun menimpa mereka.” Sahabat bertanya., “Apa 15 perkara itu ya Rasulullah?” Rasulullah bersabda, “Bala akan datang bilamana :

1. Harta Negara hanya beredar (dipegang) di kalangan orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah telah dijadikan sumber keuntungan.

3. Apabila zakat dijadikan hutang.

4. Bala akan datang bilamana suami menurut kemauan isteri.

5. Anak durhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbuat baik kepada teman sebayanya (pada kehidupan keluarga)

7. Menjauhkan diri dari ayahnya.

8. Suara-suara ditinggikan di dalam masjid

9. Pemimpin suatu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka.(banyaknya pemimpin yang dipilih dari golonganya sendiri dengan dalih kebenaran menurut golongan mereka sendiri).

10. Seseorang dimuliakan karena ditakuti kejahatannya.

11. Khamer / arak (minuman beralkohol) sudah diminum segala tempat.

12. Kain sutra banyak digunakan oleh kaum laki-laki.

13. Penyanyi disanjung-sanjung.

14. Musik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat / menyalahkan generasi pertama yakni para sahabat radiallahu anhum ajmain.

Akhir dari sabda Rasulallah SAW adalah : “Maka hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka dirubah menjadi mahluk yang lain apabila mereka telah melakukan 15 perkara tersebut.”

Friday, February 26, 2016

MERANCANG KELUARGA

~ MERANCANG KELUARGA.

Berdasarkan ilmu dari perbahasan salaf, dalil yang utarakan di dalam membincangkan permasalan ini adalah menerusi Firman Allah SWT
di dalam surah Al-Isra' pada ayat 31 "Dan jangan kamu membunuh anak-anakmu karena takut miskin. Kami yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar."

Para ulamak berbincang panjang lebar tentang pekara ini dengan pendapat2 yang banyak lalu membuat kesimpulan yang disepakati secara majority di dalam mentafsirkan maksud bunuh di dalam ayat ini merangkumi perkara-perkara berikut:-

1) Bunuh selepas lahir (buang bayi)
2) Menggugurkan kandungan
3) Membunuh sel persenyawaan

No1 , very clear . No2 juga clear. No 3 ni maksudnya adalah membunuh persenyawaan sperm yang telah berpadu dengan telur wanita samada dengan cara memakan pil percancang, implant , ikat atau apa2 cara sekalipun. Dalam erti kata yang lain, sekiranya air mani lelaki telah masuk di dalam rahim perempuan maka haram untuk di batalkan persenyawaannya dengan apa juga kaedah sekalipun.

Jadi cara perancang yang dibenarkan adalah dengan kaedah 'azl berdasarkan perkataan sahabat Nabi s.a.w iaitu Jabir radhiallahu ‘anhu,

كنا نعزل على عهد النبي صلى الله عليه وسلم.

“Kami (para shahabat) melakukan ‘azl di Zaman Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam” [HR.Bukhari / Muslim no]

Maksud 'Azl adalah menghalangi air mani dari bersenyawa dengan telur wanita samada, iaitu dengan cara samada melepaskannya diluar atau memakai kondom. Ini sahaja kaedah yang dibenarkan dari pendapat2 yang mahsyur.

NAMUN SEKIRANYA DIBIMBANGI PERKARA INI TIDAK MAMPU UNTUK DI KAWAL & AKAN MENYEBABKAN TERJADINYA HAMIL BAGI WANITA2 YANG ADA MASALAH KESIHATAN  YANG KRITIKAL IAITU IA AKAN MENYEBABKAN KEMUDARATAN PADA DIRINYA @ KANDUNGANNYA SEKIRANYA IA HAMIL , MAKA KAEDAH PERANCANG PIL, IKAT @ CARA LAIN BOLEH DIGUNAKAN KERANA KEADAAN INI ADALAH TERMASUK DARURAT .

HAKIKATNYA MERANCANG KELUARGA INI ADALAH PERKARA YANG SANGAT TIDAK DI GALAKKAN, KERANA NABI S.A.W BERBANGGA UNTUK MEMILIKI UMAT YANG RAMAI.

~ Kepada yang baru tahu dan telah melakukan kesilapan di dalam merancang keluarga sesebelom ini. maka sekadar istighfar dan bertaubat. Kembalilah kepada kefahaman yang BENAR BERDASARKAN AL-QURAN & AS-SUNNAH.

Thursday, February 25, 2016

Wahabi ini ada dua penisbahan:

Wahabi ini ada dua penisbahan:

Pertama: Abd Wahab bin Rustum, seorang yang berfikrah khawarij yang membunuh ribuan manusia.

Kedua: dinisbah pada zaman mutaakhir kepada Syeikh Muhammad bin Abd Wahab, seorang ulama pendiri tauhid dan penebar sunnah Rasulullah. Diberi jolokan wahabi oleh musuhnya iaitu imprealis barat dan juga yahudi, hakikatnya sandaran wahabi kepada beliau dari segi penisbahan bahasa tidak tepat kerana beliau bernama Muhammad bukan bernama Abdul Wahab. Sepatutnya pengikut beliau digelar sebagai Muhammadi.

Dizaman beliau kesyirikan yang berlaku diperkuburan-perkuburan terlalu dahsyat sehingga ketika itu masyarakat mengagungkan kubur-kubur daripada rumah-rumah Allah. Selain daripada kesyirikan, masalah lanun, penyamun tepi jalan antara bandar begitu dahsyat dan begitu serius. Alhamdulillah dengan usaha dakwah beliau yang bersandar kepada ilmu tauhid dan meninggalkan perbuatan syirik menyebabkan masyarakat mula meninggalkan pemujaan makam-makam. Juga mereka mula berihtimam dan mula mengambil berat sunnah Rasulullah SAW.

Juga dengan perjanjian beliau dengan Amir ketika itu yang mengikat perjanjian dengan setiap kabilah yang berada diantara bandar menyebabkan berkurangnya rompakan, samun, melanun dsb. Akhirnya manusia dapat mengerjakan haji dan umrah dengan selamat dan dengan aman berbanding sebelumnya.

- Huzaifah hadis