PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Segerakan Apa Yang Perlu Disegerakan
عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ يَا عَلِيُّ ثَلَاثٌ لَا تُؤَخِّرْهَا الصَّلَاةُ إِذَا آنَتْ وَالْجَنَازَةُ إِذَا حَضَرَتْ وَالْأَيِّمُ إِذَا وَجَدْتَ لَهَا كُفْئًا
Dari Ali bin Abu Thalib bahwa Nabi SAW pernah bersabda kepadanya: "Wahai Ali, ada tiga perkara jika tiba waktunya tidak boleh ditunda-tunda, solat jika telah masuk waktunya, jenazah jika telah hadir untuk disolatkan dan wanita jika telah datang jodoh yang sekufu (sepadan) dengannya." [HR. Tirmidzi No.156].
Pengajaran:
Tiga perkara yang perlu disegerakan oleh setiap orang Islam apabila sampai waktunya iaitu:
1. Solat jika telah masuk waktunya
2. Jenazah perlu disegerakan urusan pengkebumian
3. Perempuan yang telah ada lelaki yang sekufu (sepadan) yang ingin berkahwin dengannya.
JOM SEGERAKAN apa yang perlu disegerakan.
#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
28hb Februari 2016
No comments:
Post a Comment