Thursday, March 3, 2016

Motivasi

"Saya ada RM 1, awak ada RM 1. Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing.

Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu, kemudian kita betukar-tukar ilmu itu, masing-masing akan ada 2 ilmu".

👍👍👍👍

Seorang budak perempuan bersujud ketika lihat ais krim. Maka orang tanya kepada dia: kenapa sujud? Dia pun jawab: mak saya bila dia gembira dia akan sujud tanda syukur pada Ilahi.
Perelokkanlah didikan ke atas anak²mu.

👍👍👍👍

Seorang lelaki membaiki pendingin hawa masjid kemudian dia tolak upah yang diberi dan berkata: mak saya berpesan supaya tidak ambil upah kerja untuk masjid.
Orang2 kagum dengan mak dia dan saya kagum dengan kebaikannya.

👍👍👍👍

Seorang orang yang soleh ditanya mengapa pergi ke masjid sebelum azan.  Dia jawab: azan untuk pringatan kpd orang2 yang lalai/lagho/ralik. Dan saya berharap aku tak tergolong dalam kalangan mereka!! (kita mohon dengan Allah akan kesejahteraan, keselamatn dunia akhirat)

👍👍👍👍

Aku tanya dia kenapa kamu sentiasa tamak minum air di masjid padahal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Dia jawab: supaya orang yang letak air di masjid diberi ganjaran.

👍👍👍👍

Bilamana sampai  kpd kamu gosip2 tentang seseorang daripada mereka maka biarlah gosip tu terhenti setakat kamu sahaja. Dan kalau betul terjadi berita tu berhenti setakat kamu sahaja, bermakna kamu telah dapat pahala tutup aib org. Baragsiapa yg tutup aib mana2 muslim, Allah akan tutup juga aib dia.

👍👍👍👍

3 doa yang wajar kita ingat untuk dibaca semasa sujud2 kita:-
1. Ya Allah, aku mohon denganMu pengakhiran yang baik.
2. Ya Allah, kurnialah kepada ku taubat nasuha seblum aku mati.
3. Wahai Allah yang membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.

Sehinggakan bila kita berniat untuk sebarkan ucapan ini, meniatkan sahaja itu pun dah dikira sebagai kebaikan, wallaualam.
Moga2 dengannya Allah melepaskan kesusahan daripada kesusahan2 di dunia dan akhirat.

😊Buatlah baik walau sekecil kecilnya. 😊

No comments:

Post a Comment