PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Cacat Pengelihatan Bukan Alasan Tidak Berjemaah Di Masjid
عَنْ أَبِي رَزِينٍ عَنْ ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ أَنَّهُ سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي رَجُلٌ ضَرِيرُ الْبَصَرِ شَاسِعُ الدَّارِ وَلِي قَائِدٌ لَا يُلَائِمُنِي فَهَلْ لِي رُخْصَةٌ أَنْ أُصَلِّيَ فِي بَيْتِي قَالَ هَلْ تَسْمَعُ النِّدَاءَ قَالَ نَعَمْ قَالَ لَا أَجِدُ لَكَ رُخْصَة
ً
Dari Abu Razin dari Ibnu Ummi Maktum bahwasanya dia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, dia berkata; Ya Rasulullah, saya adalah seorang yang buta dan rumahku jauh, sedangkan saya mempunyai orang yang menuntunku tapi dia tidak membantuku, maka apakah saya mendapatkan keringanan untuk melaksanakan solat di rumahku? Baginda bersabda: "Apakah kamu mendengar azan?" Dia menjawab; Ya. Baginda bersabda: "Saya tidak mendapatkan keringanan untukmu!" (HR Abu Daud No: 465)
Pengajaran:
1. Keutamaan solat Fardhu bagi orang lelaki adalah di masjid
2. Bagi orang yang sakit, terdapat keuzuran yang dibenarkan untuk solat di rumah
3. Rasulullah mengarahkan Umi Makhtum (seorang yang buta) untuk turut solat di masjid kerana dia mendengar lafaz azan yang dilaungkan (tiada pengecualian dengan sebab cacat penglihatan).
Agaknya kita yang tak pergi masjid ni cacat apa ye???
JOM solat fardhu di masjid
#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
No comments:
Post a Comment