KANAK2 DI DALAM SAF ORANG DEWASA.
Bolehkah kanak2 Solah di dalam saf hadapan bersama orang dewasa ?
Petikan dari video Dr Abdul Basit :
Menurut Mazhab As Shafie di dalam kitab Mughni Al-Muhtaj yang ditulis oleh Imam Nawawi yang mana mempunyai satu pandangan yang dinukilkan dari 5 ulama' besar mazhab Shafie, menyatakan :-
1) Adalah baik/mesti membawa anak2 itu diletakkan di sebelah orang dewasa dengan syarat yang telah Mumayiz (sudah dapat membezakan sesuatu yg baik dan sesuatu yg buruk - lingkungan umur 7 tahun) supaya mereka belajar cara nak solah.
2) Adapun sekiranya kanak2 ini hadir serentak bersama dengan orang dewasa di saf hadapan dan penuh, maka boleh diminta dengan cara yang berhemah untuk mereka berada di saf kedua / saf di belakang orang dewasa.
3) Sekiranya kanak2 ini telah terdahulu hadir dan berada di saf hadapan, maka jangan sekali kita menarik mereka / mengarahkan mereka ke belakang bagi memberi laluan kepada orang dewasa yang baru hadir / yang datang lewat daripada kanak2 tadi kerana kanak2 ini mempunyai hak berada di saf yang pertama.
4) Walau bagaimanapun, kanak2 yang berada disafkan hadapan hendaklah tidak berada betul2 di belakang Imam kerana Sabda Nabi S.AW , Orang yang solah di belakang imam hendaklah orang dewasa yang cerdik dan mempunyai ilmu, kerana orang ini boleh menggantikan Imam ketika Solah sekiranya Solah imam terbatal.
Bagi kanak-kanak yang belum mumayiz dan hadir ke surau / masjid. Maka ianya adalah menjadi tanggungjawab Ibu / Bapa / Penjaga yang membawa mereka memastikan agar mereka tidak melakukan gangguan bising dan mengganggu makmum lain yang sedang solah. Wallahuaklam.
No comments:
Post a Comment