Friday, February 26, 2016

MERANCANG KELUARGA

~ MERANCANG KELUARGA.

Berdasarkan ilmu dari perbahasan salaf, dalil yang utarakan di dalam membincangkan permasalan ini adalah menerusi Firman Allah SWT
di dalam surah Al-Isra' pada ayat 31 "Dan jangan kamu membunuh anak-anakmu karena takut miskin. Kami yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar."

Para ulamak berbincang panjang lebar tentang pekara ini dengan pendapat2 yang banyak lalu membuat kesimpulan yang disepakati secara majority di dalam mentafsirkan maksud bunuh di dalam ayat ini merangkumi perkara-perkara berikut:-

1) Bunuh selepas lahir (buang bayi)
2) Menggugurkan kandungan
3) Membunuh sel persenyawaan

No1 , very clear . No2 juga clear. No 3 ni maksudnya adalah membunuh persenyawaan sperm yang telah berpadu dengan telur wanita samada dengan cara memakan pil percancang, implant , ikat atau apa2 cara sekalipun. Dalam erti kata yang lain, sekiranya air mani lelaki telah masuk di dalam rahim perempuan maka haram untuk di batalkan persenyawaannya dengan apa juga kaedah sekalipun.

Jadi cara perancang yang dibenarkan adalah dengan kaedah 'azl berdasarkan perkataan sahabat Nabi s.a.w iaitu Jabir radhiallahu ‘anhu,

كنا نعزل على عهد النبي صلى الله عليه وسلم.

“Kami (para shahabat) melakukan ‘azl di Zaman Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam” [HR.Bukhari / Muslim no]

Maksud 'Azl adalah menghalangi air mani dari bersenyawa dengan telur wanita samada, iaitu dengan cara samada melepaskannya diluar atau memakai kondom. Ini sahaja kaedah yang dibenarkan dari pendapat2 yang mahsyur.

NAMUN SEKIRANYA DIBIMBANGI PERKARA INI TIDAK MAMPU UNTUK DI KAWAL & AKAN MENYEBABKAN TERJADINYA HAMIL BAGI WANITA2 YANG ADA MASALAH KESIHATAN  YANG KRITIKAL IAITU IA AKAN MENYEBABKAN KEMUDARATAN PADA DIRINYA @ KANDUNGANNYA SEKIRANYA IA HAMIL , MAKA KAEDAH PERANCANG PIL, IKAT @ CARA LAIN BOLEH DIGUNAKAN KERANA KEADAAN INI ADALAH TERMASUK DARURAT .

HAKIKATNYA MERANCANG KELUARGA INI ADALAH PERKARA YANG SANGAT TIDAK DI GALAKKAN, KERANA NABI S.A.W BERBANGGA UNTUK MEMILIKI UMAT YANG RAMAI.

~ Kepada yang baru tahu dan telah melakukan kesilapan di dalam merancang keluarga sesebelom ini. maka sekadar istighfar dan bertaubat. Kembalilah kepada kefahaman yang BENAR BERDASARKAN AL-QURAN & AS-SUNNAH.

No comments:

Post a Comment