Wahabi ini ada dua penisbahan:
Pertama: Abd Wahab bin Rustum, seorang yang berfikrah khawarij yang membunuh ribuan manusia.
Kedua: dinisbah pada zaman mutaakhir kepada Syeikh Muhammad bin Abd Wahab, seorang ulama pendiri tauhid dan penebar sunnah Rasulullah. Diberi jolokan wahabi oleh musuhnya iaitu imprealis barat dan juga yahudi, hakikatnya sandaran wahabi kepada beliau dari segi penisbahan bahasa tidak tepat kerana beliau bernama Muhammad bukan bernama Abdul Wahab. Sepatutnya pengikut beliau digelar sebagai Muhammadi.
Dizaman beliau kesyirikan yang berlaku diperkuburan-perkuburan terlalu dahsyat sehingga ketika itu masyarakat mengagungkan kubur-kubur daripada rumah-rumah Allah. Selain daripada kesyirikan, masalah lanun, penyamun tepi jalan antara bandar begitu dahsyat dan begitu serius. Alhamdulillah dengan usaha dakwah beliau yang bersandar kepada ilmu tauhid dan meninggalkan perbuatan syirik menyebabkan masyarakat mula meninggalkan pemujaan makam-makam. Juga mereka mula berihtimam dan mula mengambil berat sunnah Rasulullah SAW.
Juga dengan perjanjian beliau dengan Amir ketika itu yang mengikat perjanjian dengan setiap kabilah yang berada diantara bandar menyebabkan berkurangnya rompakan, samun, melanun dsb. Akhirnya manusia dapat mengerjakan haji dan umrah dengan selamat dan dengan aman berbanding sebelumnya.
- Huzaifah hadis
No comments:
Post a Comment