Sunday, March 6, 2016

Nota

💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐

BAYAN NASIHAT MAULANA TARIQ JAMEEL

BAB AKHLAK

IBADAT adalah seumpama asas kepada bangunan dan AKHLAK adalah seumpama bumbung kepada bangunan.

Tanpa asas maka bangunan tidak boleh di tegakkan. Tetapi sekiranya bangunan sudah di dirikan tetapi bumbung tiada maka bangunan tidak boleh beri menafaat.

Ini adalah kedudukan AKHLAK dalam agama. Tetapi alhamdulillah sekarang ini ibadat ada sedikit sebanyak dalam diri kita. Tetapi yang tiada adalah akhlak.

Bila akhlak tiada seumpama bangunan yang tiada bumbung dan kita tidak mendapat menafaat daripadanya.

Asas kepada akhlak 3 perkara :

1. HUBUNGKAN SILATURAHIM DENGAN ORANG2 YANG PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN KITA.

2. BUAT BAIK KEPADA ORANG YANG BENCI DENGAN KAMU.

3. MAAFKAN/AMPUNKAN KEPADA ORANG2 YANG MENZALIMI KAMU.

Perkara ini tiada pada kita dan sekiranya perkara ini ada pada kita nabi saw bagitau aku menjamin orang yang ada akhlak dia akan mendapat tempat yang tinggi di dalam syurga.

Ringkasan 3 perkara akhlak yang di ajar oleh nabi saw kepada Muaz. Nabi saw bagitau wahai Muaz....inginkan aku bagitau kepada kamu apa yang menjadi pati/asas tunjang kepada segala urusan agama ini..??? Sama ada akhlak atau segalanya...nabi saw pegang LIDAH baginda. Kamu pegang lidah ini...sesiapa yang dapat jaga/kontrol lidah maka dia dapat menjaga AKHLAK dan AGAMA dia.

Akhlak dan agama dia telah terbina.

Sebaliknya sesiapa tidak dapat jaga/kontrol lidah dia maka akhlak dan agama nya pun akan hilang.

Bila hubungan kita dengan hamba bertambah maka hak2 dengan hamba jugak bertambah.

Kita ada adek beradek....isteri...ibu...bapa....maka bertambah kita hubungan dengan dengan orang ini maka bertambah hak2 yang perlu kita tunaikan.

Nabi saw bagitau bila mana kita khidmat ibu kita...sekiranya ibu saya masih hidup saya sedang solat isyak dan sedang membaca surah fatihah....ibu saya panggil ...Muhammad....saya akan batalkan solat saya dan saya akan kata....yee ibu saya datang kepada kamu...!!!

Nabi saw bagitau sebaik2 kamu adalah orang yang paling baik hubungannya terhadap isteri. 

Orang yang paling tinggi dan sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya dan paling lemah lembut kepada keluarganya.

Perkara pertama yang akan di timbang di padang mashyar iaitu bagaimana perlakuan kita terhadap anak dan isteri kita....bukan solat...puasa...zakat...haji...dakwah...dan lain2.

Oleh itu ibadat dan akhlak kita kena bina.

Dengan ibadat hubungan kita denagan Allah swt akan terbaik.

Dengan akhlak hubungan kita dengan hamba2 Allah swt akan terbaik.

Sekali nabi saw bagitau Abu Zar ra...hendakkah aku bagitau kepada kamu 2 amalan yang mudah untuk di lakukan tetapi begitu besar ganjarannya di akhirat besok.

Maka Abu Zar ra bagitau apakah amalan itu ya Rasulullah...nabi saw bagitau...

1. BETULKAN LIDAH KAMU

2. BAIKI AKHLAK KAMU

Oleh itu hendaklah kita sekarang semua bertaubat....walaupun dosa kita memenuhi diantara bumi dan langit Allah swt pasti terima taubat kita....insya Allah..

SAMA2 KITA BERUSAHA UNTUK MEMPERBETULKAN AKHLAK KITA....

Hadrat Gie

Don Manan al Cherasi

🌴🌱🌿☘🍃🍂🍁🍀🌴🌱🌿

No comments:

Post a Comment