Thursday, February 25, 2016

Nota

Jutawan AKHIRAT,
Al Fadhil Ustaz Syed Norhisyam Al Idrus
Masjid Al Azim Melaka
25 FEB 2016, Khamis.

●Orang yang banyak pahala maka dialah jutawan di akhirat nanti.
●Ada orang yang di dunia miskin, di akhirat juga tetap miskin-beruntung mereka yang jutawan di akhirat.
●Matawang di akhirat ialah pahala untuk dapatkan balasan yang baik dari Allah.
●Raih pahala antaranya dengan ke majlis ilmu.
●Hadis menuntut ilmu-orang yang tempuh satu jalan ke majlis ilmu Allah akan buka jalan ke syurga untuknya.
●Malaikat akan naungi majlis ilmu-beroleh ketenangan, keampunan dan rahmat.
●Makhluk di langit istighfar untuk mereka yang hadiri majlis ilmu.
●Perumpamaan orang yang ada ilmu berbanding orang yang kuat beribadah saja (tidak ke majlis ilmu) seperti bulan yang mengambang dengan bintang-bintang kecil di langit-kelebihan buat mereka yang ada ilmu dan beramal dengannya.
●Dengan ilmu, jika wujud perbezaan pendapat dalam suatu masalah tapi tetap dibawa dengan AKHLAK dan KASIH SAYANG.
●Jika dulu musuh Islam akan berusaha jauhkan masyarakat daripada Nabi kini mereka berusaha jauhkan  masyarakat daripada para ulama-hari ini perlu kenal ulama. Didik anak-anak untuk kenal ulama berbanding artis.
●Lagi bersungguh jaga adab belajar dengan guru/ulama lagi berkat ilmu yang kita dapat.
●Banyakkan sedekah (dan lipat gandakan) akan ada  malaikat yang doakan untuk kita.
●Nak jadi jutawan di akhirat perlu buat pelaburan di dunia.
●Sedekah paling besar pahalanya ialah ketika badan sihat, dalam keadaan nak bertambah kaya dan takut ketika jatuh miskin. Ketika ini, pahala sedekahnya besar.
●Beri sedekah utamakan keluarga atau saudara mara yang terdekat. Kita dapat dua pahala iaitu pahala bersedekah dan pahala jalinkan silaturahim.
●Mahu jadi jutawan akhirat yang penting perlu ada ILMU untuk beramal sebagai satu bentuk pelaburan ke akhirat.

No comments:

Post a Comment