Thursday, February 25, 2016

Solat Membezakan Seseorang Beriman Atau Kufur

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Solat Membezakan Seseorang Beriman Atau Kufur

عَنْ أَبِي سُفْيَانَ قَالَ سَمِعْتُ جَابِرًا يَقُولُا سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلَاة
ِ
Dari Abu Sufyan dia berkata, saya mendengar Jabir berkata, "Saya mendengar Nabi SAW bersabda: "Sungguh, yang memisahkan antara seorang laki-laki dengan kesyirikan dan kekufuran adalah meninggalkan solat'." (HR Muslim No: 116)

Pengajaran:

1.  Yang membezakan antara seorang Muslim dengan kafir ialah solat

2. Menurut Imam An-Nawawi - orang yang meninggalkan solat dengan menolak atau mengingkari kewajipan solat, dipandang telah menjadi kafir dan telah terkeluar dari Islam.

3.  Jika seseorang meninggalkan solat kerana malas atau lalai tetapi masih mengiiktiikadkan kewajiban solat itu atas dirinya, maka Imam Malik dan Asy Syafie menetapkan bahawa orang itu tidak kafir, hanya dipandang fasik (melakukan dosa besar) dan disuruh bertaubat. Jika dia tidak mahu bertaubat, nescaya dibunuh (hukum hudud) selaku suatu hukuman yang mesti dijalankan

Ayuh pelihara solat yang menjadi pembeza antara orang beriman dengan orang kafir.

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

26hb Februari 2016

No comments:

Post a Comment