[ Tiga : Tiga : Empat ]
1.Teori Makan SIKIT dan KENYANG.
2.Ini sambungan kisah note rm10 yang merupakan helaian terakhir dalam dompet saya.
3.Saya bahagikan rm10 itu kepada 3 bahagian seperti di atas - 3 : 3 : 4.
4.Angka 3 pertama mewakili rm3 - peruntukkan untuk makan 3 kali sehari.
5.Tinggal sekejap angka 3 itu.
6.Dulu2 zaman kerja makan gaji,selalulah dapat jemputan/pergi ke majlis makan2 di hotel.biasanya makan buffet.
7.Bila makan buffet,mind set adalah semua makanan hendak di rasa/di jamah.
8.Lalu majlis baru berjalan separuh jalan,perut sudah sebu dek kerana muatan makanan yang telah disumbat ke dalam perut.
9.Capai juga matlamat menjamah makanan-tapi tidak semua makanan di jamah.
10.Bila perut sudah penuh,aiskrim yang tadinya nampak sedap dan menyelerakan,kini langsung di pandang sepi.
11.Kenyang sangat.
12.Ini pula kisah perkongsian seorang pengawal keselamatan kepada saya.
13.Katanya,kalau dia kerja shift malam,makan malamnya hanya sekeping roti canai.
14.Dalam kepala saya mula mencongak-cukupkah kuantiti makan malam hanya sekeping roti canai?
15.Belum sempat habis mencongak,dia katakan kepada saya - roti apa pun - bila di makan ia akan kembang dalam perut - dan ia memgenyangkan kemudian - bukan kala habis di makan - dan ia tahan lama.
16.Lalu saya mencuba teori itu - memang betul - makan roti canai cukup sekeping pun - sudah mengenyangkan - kemudiannya.
17.Gatal tangan nak membuat ujikaji lain,makan nasi pun saya cuba kurangkan jumlah suapan yang masuk ke dalam berbanding kadar biasa.
18.Nafsu memang menggelojak.Mahukan suapan lagi.
19.Tapi,demi membuktikan teori,maka saya hentikan menyuap dengan paksa rela.
20.Perut masih berasa boleh di isi lagi-tapi saya hantarkan gelombang ke otak - cukup sekadar ini.
21.Alhamdulillah,tanpa di sangka-sangka,tak sampai 10 minit pun-rasa kenyang tu sampai.
22.Malah ketika itu bukan setakat kenyang,tenaga pun cukup untuk terus melakukan kerja.
23.Maka ini bukan sahaja teori - memang walau makan SIKIT - IA MENGENYANGKAN.
24.Maka angka rm3 untuk 3 kali makan dalam sehari MESTI CUKUP.
25.Sebab yang memberi cukup dan kenyang itu bukan duit dan makanan tetapi.....
26.Sudah tentu Allah SWT - Tuhan Pentadbir sekalian alam.
27.InsyaAllah angka 3 seterusnya - akan bersambung kemudian.
Anjung Karat
No comments:
Post a Comment