Kaedah Menghafal Al Quran. Dalam Al Quran Rasm Uthmani yang biasa kita gunakan, terdapat 604 mukasurat. Sekiranya kita menghafal sehari satu muka secara konsisten. Maka dalam tempoh kurang 2 tahun kita akan dapat menghafal keseluruhan 30 juzuk AlQuran. Mengikut kiraan kami, seorang individu muslim hanya perlu memperuntukkan 3 jam sahaja secara fokus untuk membolehkan untuk menghafal satu mukasurat penuh Al Quran.
Cuba tanya diri sendiri, apakah yang kita lakukan dalam 24 jam sehari kita. Apakah yang kita fokuskan. Adakah harta dan anak pinak melalaikan kita sehingga tiada masa untuk diri sendiri sebagai keperluan akhirat meluangkan masa bersama Al Quran.
Siapakah yang menetapkan dalam minda kita bahawa menghafal Al Quran adalah untuk kanak-kanak sahaja. Sudah terlampau rosakkah memori hafalan kita sampai kita berlepas diri untuk menghafal Al Quran?
Tahukah kita semua orang yang sentiasa melatih otaknya menghafal Al Quran tidak akan menjadi nyanyuk walau setua manapun dia.
Untuk info dan tips menghafal Al Quran langgani telegram@huffazbot. Sekiranya berminat menghadiri dan mempelajari Al Quran boleh melanggan @darulilmibot.
No comments:
Post a Comment