Friday, March 4, 2016

Nota

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kelebihan Solat Berjemaah Di Masjid

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ لَاسْتَهَمُوا عَلَيْهِمَا وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي التَّهْجِيرِ لَاسْتَبَقُوا إِلَيْهِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

Dari Abu Hurairah, dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sekiranya manusia mengetahui pahala mendatangi azan dan pahala pada sof pertama, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkan keduanya, dan sekiranya mereka mengetahui pahala orang yang bersegera mendatangi solat, nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk lebih awal, dan sekiranya mereka mengetahui pahala solat isya` dan solat subuh berjemaah, nescaya mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak." (HR Ahmad No: 7412)

Pengajaran:

Allah memberikan kelebihan yang banyak kepada mereka yang bersegera untuk melaksanakan solat berjemaah di masjid. Antara yang akan menjadi keutamaan dan galakkan:

1.  Sekiranya seseorang itu mengetahui pahala menyahut seruan azan (dgn segera ke masjid) dan pahala berada pada sof pertama, nescaya mereka akan mengundi untuk dapat merebut keduanya

2.  Sekiranya seseorang itu  mengetahui pahala orang yang bersegera menuju ke masjid untuk melaksanakan solat, nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk datang lebih awal

3.  Sekiranya seseorang itu mengetahui pahala solat isyak dan solat subuh berjemaah, nescaya mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak

JOM rebut pahala

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

5hb Mac 2016

Nota

Antara isi kandungan kuliah magrib yg disampaikan oleh Al Ust Suhaimi Abd Hamid...Mudir Maahad Tahfiz Mawaddah di Surau Taman Pelangi mlm td yg begitu menarik perhatian;

Rumah ibu bapa adalah rumah bg anak- anak tp tak semua rumah anak adalah rumah ibu bapa.
Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa,makan apa sahaja,tengok siaran tv ikut suka dn guna apa sahaja kepunyaan ibubapa ikut suka...
Tp...
Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kt rumah anak.Tak boleh masak sesuka hati,makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka dan buat apa sahaja ikut suka. Anak ttp akan berkecil hati dgn ibu bapa.
Bagitu juga...
Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.Anak- anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati.Minyak penuh balik kosong pn ibubapa tak kesah.Rosak semua ibubapa tanggung.
Tapi...
Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna.Apatah lg dgn sesuka hati.Takut rosak la,takut langgar la,takut calar la.Kalau guna pn...pastikan minyak penuh semula.
Kalau rosakpn ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bg kepada anak- anak.
Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak.
Ibubapa sntiasa mengasihi anak-anak,
Tp anak-anak...belum tentu mengasihi ibubapa.
Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa.
Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupn semampu yg ada..
Tp...
Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta.
Inilah diantara isi kndungan kuliah
Al Ustaz Suhaimi yg sgt terkesan & realistik dlm keadaan dunia yg akhir zaman ini.

Thursday, March 3, 2016

Motivasi

"Saya ada RM 1, awak ada RM 1. Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing.

Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu, kemudian kita betukar-tukar ilmu itu, masing-masing akan ada 2 ilmu".

👍👍👍👍

Seorang budak perempuan bersujud ketika lihat ais krim. Maka orang tanya kepada dia: kenapa sujud? Dia pun jawab: mak saya bila dia gembira dia akan sujud tanda syukur pada Ilahi.
Perelokkanlah didikan ke atas anak²mu.

👍👍👍👍

Seorang lelaki membaiki pendingin hawa masjid kemudian dia tolak upah yang diberi dan berkata: mak saya berpesan supaya tidak ambil upah kerja untuk masjid.
Orang2 kagum dengan mak dia dan saya kagum dengan kebaikannya.

👍👍👍👍

Seorang orang yang soleh ditanya mengapa pergi ke masjid sebelum azan.  Dia jawab: azan untuk pringatan kpd orang2 yang lalai/lagho/ralik. Dan saya berharap aku tak tergolong dalam kalangan mereka!! (kita mohon dengan Allah akan kesejahteraan, keselamatn dunia akhirat)

👍👍👍👍

Aku tanya dia kenapa kamu sentiasa tamak minum air di masjid padahal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Dia jawab: supaya orang yang letak air di masjid diberi ganjaran.

👍👍👍👍

Bilamana sampai  kpd kamu gosip2 tentang seseorang daripada mereka maka biarlah gosip tu terhenti setakat kamu sahaja. Dan kalau betul terjadi berita tu berhenti setakat kamu sahaja, bermakna kamu telah dapat pahala tutup aib org. Baragsiapa yg tutup aib mana2 muslim, Allah akan tutup juga aib dia.

👍👍👍👍

3 doa yang wajar kita ingat untuk dibaca semasa sujud2 kita:-
1. Ya Allah, aku mohon denganMu pengakhiran yang baik.
2. Ya Allah, kurnialah kepada ku taubat nasuha seblum aku mati.
3. Wahai Allah yang membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.

Sehinggakan bila kita berniat untuk sebarkan ucapan ini, meniatkan sahaja itu pun dah dikira sebagai kebaikan, wallaualam.
Moga2 dengannya Allah melepaskan kesusahan daripada kesusahan2 di dunia dan akhirat.

😊Buatlah baik walau sekecil kecilnya. 😊

Motivasi

Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup dipantai, merindukan gunung.

Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?

Diam di rumah, keinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.

Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.

Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah. Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki..

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..

Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..

Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk..

Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.

Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.

Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..

Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..

Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..

Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..

Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..

Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..

Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur..Amiin

#BahagianDakwahJakim

Wednesday, March 2, 2016

Nota

Seorang Guru Sufi ditanya tentang 2 keadaan manusia:

1. Manusia rajin sekali ibadahnya, namun sombong, angkuh dan selalu merasa suci.

2. Manusia yg tak pernah ibadah, namun akhlaknya begitu mulia, rendah hati, santun, lembut dan cinta dgn sesama.

Lalu Sang Guru Sufi  menjawab:

Keduanya baik;

@ Boleh jadi suatu saat si ahli ibadah yg sombong menemukan kesadaran tentang akhlaknya yg buruk dan dia bertaubat lalu ia akan menjadi pribadi yg baik lahir dan batinnya.

@ Dan yg kedua bisa jadi sebab kebaikan hati-nya, Allah akan menurunkan hidayah lalu ia menjadi ahli ibadah yg juga memiliki kebaikan lahir dan batin.

Kemudian orang tsb bertanya lagi, lalu siapa yg tdk baik kalau begitu...???

Sang Guru Sufi menjawab:
"Yg tdk baik adalah kita, orang ketiga yg selalu mampu menilai orang lain, namun lalai dari menilai diri sendiri".

Salam senyum penuh syukur 😊

Nota

️Sayyidina Al Habib Umar Al Hafidz️

Dikisahkan pada suatu hari ada seorang lelaki yang bekerja di sebuah hotel yang biasa menghidangkan arak dan menjual barang-barang syubhat( kasamaran halal haram) bertemu dengan Syaikh Mutawali asy-Sya’rawi rahimahullah.

Kemudian Syaikh asy-Sya’rawi menyuruh lelaki tadi untuk berhenti bekerja di hotel tersebut. Akan tetapi lelaki ini beralasan bahwa dia terpaksa bekerja dihotel itu kerna ingin menyara ahli keluarganya dan untuk membayar hutangnya.

Syaikh asy-Sya’rawi kemudian berkata :
“Wahai anakku, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَمَن يَتَّقِ اللّٰهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا – الطلاق:٢

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka Allah akan menunjukan kepadanya jalan keluar dari kesusahan (Qur’an Surah Ath-Thalaq:2)”.

Lalu Syaikh bertanya kepada lelaki itu :
“Adakah Allah menyebut taqwa dahulu atau jalan keluar dahulu?”.

“Allah menyebut taqwa dahulu,” jawab si lelaki itu.

Syaikh pun berkata :
“Jadi kenapa kamu mahu mencari jalan keluar dahulu sebelum taqwa?

Kenapa duduk di tempat mungkar ini untuk mencari jalan keluar dahulu, kemudian baru bertaqwa?

Kamu semestinya bertaqwa dahulu dan kemudian pasti Allah akan menunjukan kamu jalan keluar”.

Setelah mendengarkan nasihat Syaikh asy-Sya’rawi maka lelaki ini pun setuju. Dia meninggalkan pekerjaannya dengan gajinya yang tinggi di hotel tersebut.

Tak lama kemudian, ada seseorang datang bertemu dengan lelaki ini dan menawarkannya sebuah pekerjaan sebagai pengurus di hotel yang berada di Madinah Al Munawwarah berdekatan dengan makam Nabi Muhammad Rasulullah ﷺ.

Pekerjaan barunya ini ternyata lebih baik dan hutang-hutangnya pun selesai dilunaskan disebabkan dia mahu mendengarkan nasihat Syaikh asy-Sya’rawi dulu.

“Yang mana lebih dahulu, taqwa atau jalan keluar?”.
Utamakan taqwa dahulu dan Allah akan memberi jalan keluar.

Apakah kamu hendak mencari jalan keluar sedang kamu dalam keadaan ingkar kepada Allah?
Kegilaan apa ini?

“Siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukan jalan keluar”.

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا ونبينا
وحبيبنا ومولانا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Cacat Pengelihatan Bukan Alasan Tidak Berjemaah Di Masjid

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Cacat Pengelihatan Bukan Alasan Tidak Berjemaah Di Masjid

عَنْ أَبِي رَزِينٍ عَنْ ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ أَنَّهُ سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي رَجُلٌ ضَرِيرُ الْبَصَرِ شَاسِعُ الدَّارِ وَلِي قَائِدٌ لَا يُلَائِمُنِي فَهَلْ لِي رُخْصَةٌ أَنْ أُصَلِّيَ فِي بَيْتِي قَالَ هَلْ تَسْمَعُ النِّدَاءَ قَالَ نَعَمْ قَالَ لَا أَجِدُ لَكَ رُخْصَة
ً
Dari Abu Razin dari Ibnu Ummi Maktum bahwasanya dia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, dia berkata; Ya Rasulullah, saya adalah seorang yang buta dan rumahku jauh, sedangkan saya mempunyai orang yang menuntunku tapi dia tidak membantuku, maka apakah saya mendapatkan keringanan untuk melaksanakan solat di rumahku? Baginda bersabda: "Apakah kamu mendengar azan?" Dia menjawab; Ya. Baginda bersabda: "Saya tidak mendapatkan keringanan untukmu!" (HR Abu Daud No: 465)

Pengajaran:

1.  Keutamaan solat Fardhu bagi orang lelaki adalah di masjid

2.  Bagi orang yang sakit, terdapat keuzuran yang dibenarkan untuk solat di rumah

3.  Rasulullah mengarahkan Umi Makhtum (seorang yang buta) untuk turut solat di masjid kerana dia mendengar lafaz azan yang dilaungkan (tiada pengecualian dengan sebab cacat penglihatan).

Agaknya kita yang tak pergi masjid ni cacat apa ye???

JOM solat fardhu di masjid

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor