Thursday, March 3, 2016

Motivasi

"Saya ada RM 1, awak ada RM 1. Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing.

Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu, kemudian kita betukar-tukar ilmu itu, masing-masing akan ada 2 ilmu".

👍👍👍👍

Seorang budak perempuan bersujud ketika lihat ais krim. Maka orang tanya kepada dia: kenapa sujud? Dia pun jawab: mak saya bila dia gembira dia akan sujud tanda syukur pada Ilahi.
Perelokkanlah didikan ke atas anak²mu.

👍👍👍👍

Seorang lelaki membaiki pendingin hawa masjid kemudian dia tolak upah yang diberi dan berkata: mak saya berpesan supaya tidak ambil upah kerja untuk masjid.
Orang2 kagum dengan mak dia dan saya kagum dengan kebaikannya.

👍👍👍👍

Seorang orang yang soleh ditanya mengapa pergi ke masjid sebelum azan.  Dia jawab: azan untuk pringatan kpd orang2 yang lalai/lagho/ralik. Dan saya berharap aku tak tergolong dalam kalangan mereka!! (kita mohon dengan Allah akan kesejahteraan, keselamatn dunia akhirat)

👍👍👍👍

Aku tanya dia kenapa kamu sentiasa tamak minum air di masjid padahal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Dia jawab: supaya orang yang letak air di masjid diberi ganjaran.

👍👍👍👍

Bilamana sampai  kpd kamu gosip2 tentang seseorang daripada mereka maka biarlah gosip tu terhenti setakat kamu sahaja. Dan kalau betul terjadi berita tu berhenti setakat kamu sahaja, bermakna kamu telah dapat pahala tutup aib org. Baragsiapa yg tutup aib mana2 muslim, Allah akan tutup juga aib dia.

👍👍👍👍

3 doa yang wajar kita ingat untuk dibaca semasa sujud2 kita:-
1. Ya Allah, aku mohon denganMu pengakhiran yang baik.
2. Ya Allah, kurnialah kepada ku taubat nasuha seblum aku mati.
3. Wahai Allah yang membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.

Sehinggakan bila kita berniat untuk sebarkan ucapan ini, meniatkan sahaja itu pun dah dikira sebagai kebaikan, wallaualam.
Moga2 dengannya Allah melepaskan kesusahan daripada kesusahan2 di dunia dan akhirat.

😊Buatlah baik walau sekecil kecilnya. 😊

Motivasi

Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup dipantai, merindukan gunung.

Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?

Diam di rumah, keinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.

Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.

Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah. Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki..

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..

Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..

Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk..

Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.

Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.

Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..

Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..

Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..

Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..

Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..

Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..

Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur..Amiin

#BahagianDakwahJakim

Wednesday, March 2, 2016

Nota

Seorang Guru Sufi ditanya tentang 2 keadaan manusia:

1. Manusia rajin sekali ibadahnya, namun sombong, angkuh dan selalu merasa suci.

2. Manusia yg tak pernah ibadah, namun akhlaknya begitu mulia, rendah hati, santun, lembut dan cinta dgn sesama.

Lalu Sang Guru Sufi  menjawab:

Keduanya baik;

@ Boleh jadi suatu saat si ahli ibadah yg sombong menemukan kesadaran tentang akhlaknya yg buruk dan dia bertaubat lalu ia akan menjadi pribadi yg baik lahir dan batinnya.

@ Dan yg kedua bisa jadi sebab kebaikan hati-nya, Allah akan menurunkan hidayah lalu ia menjadi ahli ibadah yg juga memiliki kebaikan lahir dan batin.

Kemudian orang tsb bertanya lagi, lalu siapa yg tdk baik kalau begitu...???

Sang Guru Sufi menjawab:
"Yg tdk baik adalah kita, orang ketiga yg selalu mampu menilai orang lain, namun lalai dari menilai diri sendiri".

Salam senyum penuh syukur 😊

Nota

️Sayyidina Al Habib Umar Al Hafidz️

Dikisahkan pada suatu hari ada seorang lelaki yang bekerja di sebuah hotel yang biasa menghidangkan arak dan menjual barang-barang syubhat( kasamaran halal haram) bertemu dengan Syaikh Mutawali asy-Sya’rawi rahimahullah.

Kemudian Syaikh asy-Sya’rawi menyuruh lelaki tadi untuk berhenti bekerja di hotel tersebut. Akan tetapi lelaki ini beralasan bahwa dia terpaksa bekerja dihotel itu kerna ingin menyara ahli keluarganya dan untuk membayar hutangnya.

Syaikh asy-Sya’rawi kemudian berkata :
“Wahai anakku, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَمَن يَتَّقِ اللّٰهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا – الطلاق:٢

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka Allah akan menunjukan kepadanya jalan keluar dari kesusahan (Qur’an Surah Ath-Thalaq:2)”.

Lalu Syaikh bertanya kepada lelaki itu :
“Adakah Allah menyebut taqwa dahulu atau jalan keluar dahulu?”.

“Allah menyebut taqwa dahulu,” jawab si lelaki itu.

Syaikh pun berkata :
“Jadi kenapa kamu mahu mencari jalan keluar dahulu sebelum taqwa?

Kenapa duduk di tempat mungkar ini untuk mencari jalan keluar dahulu, kemudian baru bertaqwa?

Kamu semestinya bertaqwa dahulu dan kemudian pasti Allah akan menunjukan kamu jalan keluar”.

Setelah mendengarkan nasihat Syaikh asy-Sya’rawi maka lelaki ini pun setuju. Dia meninggalkan pekerjaannya dengan gajinya yang tinggi di hotel tersebut.

Tak lama kemudian, ada seseorang datang bertemu dengan lelaki ini dan menawarkannya sebuah pekerjaan sebagai pengurus di hotel yang berada di Madinah Al Munawwarah berdekatan dengan makam Nabi Muhammad Rasulullah ﷺ.

Pekerjaan barunya ini ternyata lebih baik dan hutang-hutangnya pun selesai dilunaskan disebabkan dia mahu mendengarkan nasihat Syaikh asy-Sya’rawi dulu.

“Yang mana lebih dahulu, taqwa atau jalan keluar?”.
Utamakan taqwa dahulu dan Allah akan memberi jalan keluar.

Apakah kamu hendak mencari jalan keluar sedang kamu dalam keadaan ingkar kepada Allah?
Kegilaan apa ini?

“Siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukan jalan keluar”.

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا ونبينا
وحبيبنا ومولانا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Cacat Pengelihatan Bukan Alasan Tidak Berjemaah Di Masjid

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Cacat Pengelihatan Bukan Alasan Tidak Berjemaah Di Masjid

عَنْ أَبِي رَزِينٍ عَنْ ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ أَنَّهُ سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي رَجُلٌ ضَرِيرُ الْبَصَرِ شَاسِعُ الدَّارِ وَلِي قَائِدٌ لَا يُلَائِمُنِي فَهَلْ لِي رُخْصَةٌ أَنْ أُصَلِّيَ فِي بَيْتِي قَالَ هَلْ تَسْمَعُ النِّدَاءَ قَالَ نَعَمْ قَالَ لَا أَجِدُ لَكَ رُخْصَة
ً
Dari Abu Razin dari Ibnu Ummi Maktum bahwasanya dia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, dia berkata; Ya Rasulullah, saya adalah seorang yang buta dan rumahku jauh, sedangkan saya mempunyai orang yang menuntunku tapi dia tidak membantuku, maka apakah saya mendapatkan keringanan untuk melaksanakan solat di rumahku? Baginda bersabda: "Apakah kamu mendengar azan?" Dia menjawab; Ya. Baginda bersabda: "Saya tidak mendapatkan keringanan untukmu!" (HR Abu Daud No: 465)

Pengajaran:

1.  Keutamaan solat Fardhu bagi orang lelaki adalah di masjid

2.  Bagi orang yang sakit, terdapat keuzuran yang dibenarkan untuk solat di rumah

3.  Rasulullah mengarahkan Umi Makhtum (seorang yang buta) untuk turut solat di masjid kerana dia mendengar lafaz azan yang dilaungkan (tiada pengecualian dengan sebab cacat penglihatan).

Agaknya kita yang tak pergi masjid ni cacat apa ye???

JOM solat fardhu di masjid

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

Mata

Mata

Ramai orang mengadu tentang nafsu dan syahwatnya yang tidak terkawal. Lalu, dia terlibat dalam dalam dosa dan maksiat.

Syaikh Muhammad bin Abu Bakar rahimahullah berkata:

جعل الله العين مرآة القلب فإذا غض العبد بصره، غض القلب شهوته وإرادته؛ وإذا أطلق بصره،  أطلق القلب شهوته

" Allah ta'ala menjadikan MATA cermin bagi hati.

Apabila seorang hamba Allah menundukkan pandangannya, maka hati akan menundukkan syahwat dan keinginannya.

Apabila dia melepaskan pandangannya, maka hati juga akan melepaskan syahwatnya" [Raudhatul Muhibbin ms:92]

Kawal pandangan mata, maka syahwat hati akan terkawal.

Semoga Allah ta'ala jadikan kita di kalangan orang yang berjaya.

#arar, 28/2/2015.

SHALAT GERHANA

SHALAT GERHANA

Definisi
Shalat gerhana dikenal dengan istilah shalât al-Kusûf صلاة الكسوف (gerhana matahari) dan shalât al-Khusûf صلاة الخسوف (gerhana bulan). Shalat gerhana adalah shalat yang dilakukan ketika terjadi gerhana matahari atau bulan baik sebagian atau total.

Hukum dan Dalil
Hukum shalat gerhana adalah sunnah muakkadah (sunnah yang bernilai tinggi) meskipun dilakukan sendiri (tidak berjamaah). Pensyariatan shalat ini didasarkan pada Alquran dan hadits. Allah SWT berfirman:

وَمِنْ آيَاتِهِ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ لَا تَسْجُدُوا لِلشَّمْسِ وَلَا لِلْقَمَرِ وَاسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَهُنَّ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sembah matahari maupun bulan, tapi sembahlah Allah Yang menciptakannya, Jika Ialah yang kamu hendak sembah.” (Fushshilat: 37).
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Sayyidah Aisyah RA, ia berkata: “Terjadi gerhana matahari di masa Rasulullah SAW. Maka beliau melaksanakan shalat bersama orang-orang. Beliau berdiri dalam waktu yang lama, lalu rukuk dalam waktu yang lama, lalu berdiri kembali dalam waktu yang lama tapi lebih singkat dari yang pertama, lalu rukuk dalam waktu yang lama tapi lebih singkat dari yang pertama. Lalu beliau bersujud dalam waktu yang lama. Kemudian beliau melakukan hal yang sama di rakaat kedua seperti yang dilakukan di rakaat pertama. Ketika selesai matahari telah terang kembali. Maka beliau berkhutbah di hadapan orang-orang. Beliau bertahmid dan memuliakan Allah. Beliau bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللهِ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمُ ذَلِكَ فَادْعُوْا اللهَ وَكَبِّرُوْا وَصَلُّوْا وَتَصَدَّقُوْا
“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda diantara tanda-tanda kekuasaan Allah. Tidak terjadi gerhana pada keduanya karena kematian seseorang atau kehidupannya. Jika kalian melihat itu maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, laksanakanlah shalat dan bersedekahlah.”

Waktu Pelaksanaan
Masuk waktu shalat gerhana sejak terjadi proses gerhana (tertutupnya sebagian matahari atau bulan) dan keluar dengan berakhirnya proses tersebut. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW:

فَإِذَا رَأَيْتُمُوْهُمَا فَادْعُوْا اللهَ وَصَلُّوْا حَتَّى تَنْكَشِفَ
“Jika kalian melihat keduanya (gerhana matahari dan bulan) maka berdoalah kepada Allah dan pelaksanakanlah shalat hingga tersingkap.” (HR. Muslim).
Begitu pula, dianggap telah keluar waktu jika terbenam matahani (pada peristiwa gerhana matahari) dan terbit matahari (pada peristiwa gerhana bulan) meskipun gerhana belum selesai sepenuhnya.
Shalat gerhana boleh dilakukan meskipun gerhana terjadi pada waktu dilarang shalat, seperti setelah shalat Ashar atau shalat Shubuh, karena shalat gerhana termasuk shalat yang memiliki sebab yang datang bersamaan dengan pelaksanaan shalat itu sendiri.

Tatacara Shalat Gerhana
Shalat gerhana dapat dilakukan dengan tiga cara, yaitu:
1. Melakukan dua rakaat singkat seperti shalat sunah qabliyah Shubuh.
2. Melakukan dua rakaat singkat dengan tambahan rukuk dan berdiri dalam setiap rakaat sehingga menjadi dua kali rukuk dan dua kali berdiri (untuk membaca al-Fatihah dan surah). Ini adalah cara minimal yang paling sempurna.
3. Melakukan dua rakaat seperti cara kedua tapi dengan memanjangkan bacaan ketika berdiri, rukuk dan sujud. Inilah cara maksimal yang paling sempurna.
Panjang bacaan yang dimaksud adalah sebagai berikut:
a. Bacaan dalam berdiri
1) Berdiri pertama pada rakaat pertama adalah surah al-Baqarah atau yang sepanjang dengannya.
2) Berdiri kedua pada rakaat pertama adalah surah Âli Imrân atau yang sepanjang dengannya.
3) Berdiri pertama pada rakaat kedua adalah surah an-Nisâ` atau yang sepanjang dengannya.
4) Berdiri kedua pada rakaat kedua adalah surah al-Mâidah atau yang sepanjang dengannya.
b. Bacaan dalam rukuk dan sujud
1) Rukuk dan sujud pertama pada rakaat pertama adalah sepanjang 100 ayat dari surah al-Baqarah.
2) Rukuk dan sujud kedua pada rakaat pertama adalah sepanjang 80 ayat dari surah al-Baqarah.
3) Rukuk dan sujud pertama pada rakaat kedua adalah sepanjang 70 ayat dari surah al-Baqarah.
4) Rukuk dan sujud kedua pada rakaat kedua adalah sepanjang 50 ayat dari surah al-Baqarah.

Hal-hal yang Disunnahkan
Terdapat beberapa hal yang disunahkan dalam pelaksanaan shalat gerhana. Yaitu:
1. Melakukannya secara berjamaah.
2. Dilakukan di dalam masjid meskipun sempit.
3. Mandi sebelum shalat tapi tanpa berhias.
4. Mengeraskan bacaan dalam gerhana bulan dan memelankannya dalam gerhana matahari. Sesuai dengan hadits yang diriwayatkan Tirmidzi dari Samurah bin Jundub RA: “Nabi SAW shalat bersama kami ketika gerhana matahari yang kami tidak mendengar suara beliau.” Dan diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah RA: “Nabi SAW mengeraskan bacaan dalam shalat gerhana bulan.”
5. Melakukan dua khutbah seperti dalam khutbah Jum’at. Dengan isi materi untuk banyak berbuat kebaikan, seperti berdoa, bersedekah, dan lainnya.

Catatan: Dianjurkan untuk melaksanakan shalat dua rakaat secara sendiri (tidak berjamaah) jika terjadi tanda-tanda kekuasaan Allah, seperti gempa bumi, petir yang banyak, angin puting beliung, dan lain sebagainya. Sebagaimana diriwayatkan dari Ibnu Abbas RA bahwa beliau melaksanakan shalat ketika terjadi gempa di Bashrah.