Monday, February 15, 2016

Nota

"Tidak pernah kecewa sebuah keluarga yang bawa sunnah Nabi, tiada yang boleh beri bahagia selain dari Allah."

●Belajar untuk sayang semua orang dalam dunia ini
●Hidup ini untuk tunaikan apa yang Allah mahu, bukan apa yang kita mahu
●Cinta keluarga yang sebenar adalah untuk bawa pasangan dan anak-anak untuk ke SYURGA
●Tujuan perkahwinan adalah untuk membawa keluarga menuju lebih dekat dengan Allah
●Tiada istilah untuk lambat mendidik diri, pasangan atau anak kecuali apabila kita telah mati
●Kebahagian bermula dari hati yg KENAL Allah dan kehidupan Nabi SAW
●Banyakkan bersyukur apabila dilahirkan sebagai orang ISLAM (nikmat yang besar) kerana ada orang dalam dunia ini yang berusaha keras tapi bukan berada pada jalan Allah (tidak kenal Allah)
●Hidupkan amalan Nabi SAW dalam rumah (kasih sayang, laki solat berjemaah di masjid, bangun tahajud, solat sunat dhuha, baca al Quran dan hadis Nabi (ta'lim rumah), hidupkan percakapan iman dan Islam dalam rumah tangga (berbual pasal Allah, pasal Nabi, pasal kebaikan dan akhlak dan sebagainya)
●Suami isteri yang bangun tahajud bersama-sama Allah akan rahmati keluarga itu
●Didik anak, bukan setakat SURUH anak solat, tapi ibu bapa perlu AJAK anak untuk solat bersama-sama
●Kita semua hina tapi dimuliakan kerana Islam
●Apabila ditimpa apa-apa musibah atau ujian yang pertama ialah  mengadu minta pada Allah
●Semua susah ujian yang datang tanda Allah sayang (sangka baik pada Allah)

Al Fadhil Ustaz Ebit Lew,
Keluarga Sunnah,
Masjid Airport Batu Berendam,
Ahad, 14 FEB 2016.

Nota

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Rumah Muslim Terbaik

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِينَ بَيْتٌ فِيهِ يَتِيمٌ يُحْسَنُ إِلَيْهِ وَشَرُّ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِينَ بَيْتٌ فِيهِ يَتِيمٌ يُسَاءُ إِلَيْهِ

Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Sebaik-baik rumah di kalangan kaum muslimin adalah rumah yang terdapat anak yatim yang diperlakukan dengan baik. Dan seburuk-buruk rumah di kalangan kaum muslimin adalah rumah yang terdapat anak yatim dan dia diperlakukan dengan buruk." (HR Ibnu Majah No: 3669)

Pengajaran:

1.  Antara amalan mulia yang dituntut ialah memuliakan anak yatim dengan menjaga dan memeliharanya

2.  Sebaik-baik rumah orang Islam ialah rumah yang di dalamnya dipelihara anak yatim dengan penuh kasih sayang

3.  Seburuk-buruk rumah orang Islam ialah rumah yang di dalamnya dipelihara anak yatim namun anak yatim itu tidak dilayan dengan penuh kasih sayang

Ayuh santuni anak yatim dengan penuh kasih sayang

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

16hb Februari 2016

Nota

TAZKIRAH utk MUSLIMAH
====

Ada Seorang gadis membeli sebuah Iphone6.

Smartphone tersebut telah dilengkapi & pelindung skrin dan ‘flip cover’ yg tak kalah cantiknya. Dia menunjukkan smartphone barunya tersebut ke ayahnya.

Lalu, sebuah percakapan yg cukup mggugah pun dimulai :
.
Ayah: Wah, telepon bimbit yg bagus. Berapa harga yg harus kamu bayar utk itu ?

Anak Perempuan: Sy mbayar 700 dolar utk telepon bimbit ini Ayah, 20 dolar utk penutup teleponnya, serta 5 dolar utk pelindung skrinnya.

Ayah: Oh, mgapa kamu menambahkan pelindung skrin &. penutup teleponnya ? Bukankah kamu dpt berjimat 25 dolar utk hal itu?

Anak Perempuan: Ayah, Sy telah mghabiskan 700 dolar utk mdptkan telepon ini. Jadi apa alasan Sy tidak mgeluarkan 25 dolar utk keselesaannya ? Dan lihatlah, penutup ini juga mbuat teleponku nmpk lebih indah bukan?

Ayah: Bukankah itu suatu pghinaan bagi perusahaan Apple, Inc. Bhwa mereka tidak dpt mbuat produk Iphone yg tidak cukup sempurna?

Anak Perempuan: Tidak, Ayah! Mereka bahkan menyarankan kpd pggunanya utk mggunakan pelindung skrin dan penutup telepon ini untuk keselesaannya. Dan saya tidak mau terjadi sesuatu yg dpt mbahayakan Iphone baru Sy.

Ayah: Apakah itu tidak akan mengurangi keindahan telepon itu?
Anak Perempuan: Tidak. Itu justru mbuat telepon Sy terlihat lebih indah.
.
Lalu, sang Ayah menatap putrinya dan tersenyum & rasa kasih Syg❤  Sang Ayahpun berkata, “Putriku, kamu tau Ayah sgt menyayangimu. Kau mbayar 700 dolar utk mbeli Iphone ini, serta 25 dolar utk melindunginya.

Aku telah mbayarkan seluruh hidupku utk mu, lalu mgapa kamu tak menutup auratmu & hijab utk keselamatanmu sendiri?

Telepon ini, kelak tidak akan dipertanyakan di akhirat nanti. Namun kelak aku akan ditanyai oleh Allah SWT tentangmu, putriku

Terima kasih telah SUDI mbaca, share utk kesedaran Perempuan akan kebaikan sang Ayah dan utk kebaikan perempuan itu sendiri di dunia dan di akhirat.
أستغفرالله الْعِٓظيُمِ
Wallahu'alam والله اعلم
~♡Sharing is Jariah♡~

Nota

Rasulullah tidak pernah tidur sebelum mencium Fatimah. Pernah suatu ketika ditegur dan ditanya salah satu istrinya, kenapa engkau selalu mencium Fatimah? Rasulullah menjawab, ‘setiap aku rindu surga aku mendapatkan semerbak bau harum surga pada diri Fatimah’.

Suatu hari Siti Fatimah sudah masuk di kamarnya, sudah di dalam selimutnya, mau tidur. Rasulullah mengetuk pintu kamarnya, kemudian Rasulullah masuk dan Siti Fatimah bangun, kata Rasulullah ‘jangan, tetaplah kamu di tempat tidurmu’.

Kemudian beliau bersabda ‘putriku Fatimah, kamu jangan tidur sebelum mengkhatamkan Al-Quran. Kamu jangan tidur sebelum menjadikan seluruh nabi memberikan syafaat untukmu. Kamu jangan tidur sebelum merelakan atau memberi kerelaan kepada seluruh kaum mukminin-mukminat di dunia ini. Dan terakhir wahai putriku Fatimah jangan kamu tidur sebelum kamu Umrah dan Haji’.

Permintaan yang sulit semua. Sebelum tidur khatam Al-Quran. Sebelum tidur menjadikan seluruh Nabi memberikan syafaat. Sebelum tidur merelakan kaum mukminin-mukminat. Sebelum tidur Umrah dan Haji.

Siti Fatimah terkejut mendapatkan perintah ini. Sebelum sempat Fatimah berkata, Rasulullah shalat dua rakaat di kamar Siti Fatimah. Siti Fatimah duduk menanti selesai shalat ayahnya untuk menanyakan tentang perintah tadi.

Setelah Rasulullah salam, Siti Fatimah berkata, ‘ayahku, siapa yang mampu sebelum tidur khatam Al-Quran, menjadikan para Nabi memberi syafaat, merelakan seluruh kaum mukminin-mukminat, dan melaksanakan Umrah dan Haji?’

Rasulullah tersenyum kemudian beliau bersabda, ‘bukan begitu putriku, bukankah engkau kalau membaca Qulhuwallahu Ahad (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 3x dihitung seperti khatam Al-Quran. Kedua, bershalawatlah kepadaku dan seluruh para nabi, nanti kami semua siap memberi syafaat. Ketiga, doakan kaum mukminin-mukminat; Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat, supaya semua kaum mukminin-mukminat rela kepadamu. Ke empat, Umrah dan Haji yang kumaksud ialah membaca; Subhanallah, walhamdulillah, wa Laa Ilaha Illallah, wa Allahu Akbar, maka pahalanya seperti kamu melakukan Umrah dan Haji’.

Jadi inilah amalan yang diajarkan Rasulullah kepada putrinya Fatimah. Dan mari kita amalkan dan ajarkan kepada anak-anak kita:

1. Membaca Qulhuwallahu Ahad (Al-Ikhlas) 3 x.
2. Shalawat kepada para Nabi (Allahumma Shalli ala Muhammad wa Ali Muhammad wa Alal Anbiya-i wal Mursalin).
3. Mendoakan kaum Muslimin (Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat).
4. Kemudian membaca (Subhanallah, wa-Alhamdulillah wa Laa ilaa ha Illallah wa-Allahu Akbar).

Marilah kita mulai praktikkan dan ajarkan kepada anak-anak kita.

Sunday, February 14, 2016

Nota

Assalamualaikum,

Sebelum membaca Al-quran, hendaklah kita membaca
Ta'awudz terlebih dahulu,

Lafaz Ta'awudz

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ



Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.( An-Nahl 98)


Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka ( An-Nahl 99)


Nota

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kasihi Anak Yatim

عَنْ سَهْلٍ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا وَكَافِلُ الْيَتِيمِ فِي الْجَنَّةِ هَكَذَا وَأَشَارَ بِالسَّبَّابَةِ وَالْوُسْطَى وَفَرَّجَ بَيْنَهُمَا شَيْئًا

Dari Sahl ia berkata; Rasulullah SAW  bersabda: "Aku akan bersama orang-orang yang mengurus anak yatim dalam syurga, seperti inilah, baginda memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah lalu baginda membuka sesuatu diantara keduanya. (HR Bukhari  Ni: 4892)

Pengajaran:

1.  Islam mengajar umatnya agar berlaku baik kepada anak yatim

2.  Orang yang berbuat baik kepada anak yatim dengan menjaga dan mengurus mereka,  akan ditempatkan kedalam syurga bersama dengan Rasulullah.

Ayuh bersifat RAHMAH dengan mengasihi anak yatim.

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

14hb Februari 2016

Saturday, February 13, 2016

Nota

Ayat Al Quran Mengenai Persahabatan: Sahabat Pada Hari Kiamat

(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa.” (al-Zukhruf:67)

Hadis Persahabatan: Memilih Kawan

“Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat.” (Riwayat Ahmad)

Ayat Al Quran Berkenaan Persahabatan: Orang Zalim Yang Menggigit Jari

“Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia. (Al-Furqan: 27-29)

Hadis Persahabatan: Tukang Besi dan Penjual Minyak Wangi

“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.” (Riwayat Abu Daud)

Hadis Persahabatan: Jangkitan Orang Durjana

“Jangan bersahabat dengan orang yang durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda. Awas dari berkawan dengan rakan/sahabat yang jahat.” (Al-Mustadrak ala al Sahihain)

Hadis Mengenai Persahabatan: Orang Mukmin

“Jangan bersahabat kecuali dengan orang Mukmin.” [Riwayat Abu Daud)

Hadis Persahabatan: Jamuan Orang Bertakwa

“Janganlah memakan jamuan anda melainkan orang yang bertaqwa.” (Riwayat Abu Daud)

Hadis Persahabatan: Cermin

“Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya” (Riwayat Abu Daud)

Hadis Persahabatan: Ikatan Setiakawan Kerana Allah

“Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah.” (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)

Hadis Persahabatan: Memanfaatkan Kelebihan Diri Untuk Menolong Orang Yang Tidak Ada Kelebihan Tersebut

“Sesiapa yang mempunyai kelebihan tunggangan maka hendaklah dia membantu memudahkan untuk orang-orang yang tidak mempunyai kenderaan. Sesiapa yang mempunyai bekalan lebih maka hendaklah dia membantu orang yang tidak mempunyai bekalan.” (Riwayat Muslim)

Hadis Persahabatan: Rasa Sayang

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)

Hadis Persahabatan: Doa Untuk Sahabat

Umar Ibnu al-Khattab meriwayatkan:

عن عمر رضي اللهم عنهم قال استأذنت النبي صلى اللهم عليه وسلم في العمرة فأذن لي وقال لا تنسنا يا أخي من دعائك فقال كلمة ما يسرني أن لي بها الدنيا

Pada suatu ketika saya memohon izin daripada Rasulullah s.a.w. untuk pergi menunaikan umrah. Baginda mengizinkan saya. Beliau berpesan “Jangan lupa mendoakan kami wahai saudaraku.”. Saya amat berbesar hati dengan ungkapan Baginda tersebut. (Riwayat Abu Daud)

Hadis Persahabatan: Bermanis Muka

Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

عن أبي ذر قال قال لي النبي صلى اللهم عليه وسلم لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق

“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat” Riwayat Muslim)

Hadis Persaudaraan: Dua Muslim Berjabat Tangan

Rasulullah s.a.w. bersabda:

عن البراء قال قال رسول الله صلى اللهم عليه وسلم ما من مسلمين يلتقيان فيتصافحان إلا غفر لهما قبل أن يفترقا

“Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah” (Riwayat Abu Daud)

Hadis Persahabatan: Sering Ziarah-Menziarahi

Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman:

عن النبي صلى اللهم عليه وسلم يرفعه إلى الرب عز وجل قال حقت محبتي للمتحابين في وحقت محبتي للمتزاورين في وحقت محبتي للمتباذلين في وحقت محبتي للمتواصلين في

“Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku(Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)” (Riwayat Ahmad)

Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat – Kelahiran Anak

بورك لك بالموهوب وشكرت الواهب ورزقك بره وبلغ أشده

“Semoga Allah memberkati anda dengan kelahiran anak ini. Semoga anda bersyukur terhadap kurniaan Allah, mudah-mudahan anda dikurniakan kebaikan setelah ianya membesar.” (Diriwayatkan daripada Hussein Saidina Ali)

Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat – Pulang Dari Perjalanan Jauh

الحمد لله الذي سلمك وجمع الشمل بك وأكرمك

“Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan anda dalam perjalanan, mempertemukan saya dengan anda serta telah memuliakan anda dengan perjalanan tersebut.” (Diriwayatkan daripada Para Leluhur Silam; Salaf)

Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat – Pulang Dari Medan Perjuangan Atau Jihad

الحمد لله الذي نصرك وأعزك وأكرمك

“Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadamu kejayaan, kemuliaan dan pengorbanan.” (Riwayat Muslim, Nas’I daripada A’isya)

Hadis Persahabatan – Ucapan Untuk Saudara – Pulang Dari Menunaikan Haji

تقبل الله حجك وغفر ذنبك وأخلف نفقتك

“Semoga Allah menerima ibadah hajimu, mengampunkan dosamu, serta menggantikan semula harta yang telah anda belanjakan.” (Riwayat Ibnu Sunni daripada Ibnu Umar)

Hadis Persahabatan: Memberikan Hadiah

عليك بالهدايا فإنها تورث المودة وتذهب الضغائن

Ad-Dailami meriwayatkan daripada Anas r.a.; Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; “Kerapkanlah memberi hadiah kerana ia boleh meneguhkan kasih sayang dan menghilangkan persanggitan hati.” (Riwayat Thabrani)

Dalam hadith yang lain Baginda bersabda:

تهادوا تحابوا

“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih.” (Riwayat Malik)

Hadis Berkenaan Persaudaraan Dalam Islam: Tujuh Hak Seorang Muslim Daripada Muslim Yang Lain.

Rasulullah s.a.w. menerangkan:

للمؤمن على المؤمن سبعة حقوق واجبة من الله وجل، الإجلال له في عينه، والود له في صدره، والمواساة له في ماله، وأن يحرم غيبته، وأن يعوده في مرضه، وأن يشيع جنازته، وأن لا يقول فيه بعد موته إلا خيرا عز

“Tiap orang MuKmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang lain:

1 . iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,

2. menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,

3. menghulurkan simpati dengan harta sendiri,

4. mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,

5. menziarahinya ketika sakit,

6. mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan

7. tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.”