Sunday, March 20, 2016

Hadis

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ganjaran Ziarah Orang Sakit

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَائِدُ الْمَرِيضِ فِي مَخْرَفَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَرْجِعَ

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang mengunjungi orang sakit, maka dia sentiasa berada dalam sebuah taman syurga sampai dia pulang kembali." (HR Muslim No: 4657)

Pengajaran:

1.  Antara tanggungjawab Muslim sesama Muslim ialah menziarahi saudaranya yang sakit.

2.  Orang yang menziarahi saudaranya yang sakit akan mendapat ganjaran seolah-olah sentiasa berada dalam sebuah taman syurga.

Ayuh ziarahi sahabat kita yang sakit.

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

20hb Mac 2016

Friday, March 18, 2016

Nota

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ziarah Kerana Allah Akan Dicintai Allah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَجُلًا زَارَ أَخًا لَهُ فِي قَرْيَةٍ أُخْرَى فَأَرْصَدَ اللَّهُ لَهُ عَلَى مَدْرَجَتِهِ مَلَكًا فَلَمَّا أَتَى عَلَيْهِ قَالَ أَيْنَ تُرِيدُ قَالَ أُرِيدُ أَخًا لِي فِي هَذِهِ الْقَرْيَةِ قَالَ هَلْ لَكَ عَلَيْهِ مِنْ نِعْمَةٍ تَرُبُّهَا قَالَ لَا غَيْرَ أَنِّي أَحْبَبْتُهُ فِي اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ فَإِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكَ بِأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَبَّكَ كَمَا أَحْبَبْتَهُ فِيهِ

Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, "Bahawasanya seorang lelaki mengunjungi saudaranya di kampung lain. Kemudian Allah mengutus malaikat untuk menemui orang tersebut. Ketika orang itu ditengah perjalanannya ke kampung yang dituju, maka malaikat tersebut bertanya; Kemana kamu hendak pergi? ' Orang itu menjawab; Aku ingin mengunjungi saudara ku yang berada di kampung ini.' Malaikat itu terus bertanya kepadanya; 'Apakah kamu mempunyai suatu tujuan yang menguntungkan bila bertemunya? ' Laki-laki itu menjawab; 'Tidak, aku hanya mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata; 'Sesungguhnya aku ini adalah malaikat utusan Allah yang diutus untuk memberitahu kepadamu bahwasanya Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu karena Allah.' (HR Muslim No: 4656)

Pengajaran:

1.  Saling menziarahi antara sesama Muslim akan mengeratkan hubungan ukhuwah sesama mereka.

2.  Antara adab berziarah ialah menghadirkan niat yang baik semata-mata atas dasar cinta kerana Allah.

3.  Orang yang menziarahi saudaranya semata-mata kerana Allah, Allah akan mencintainya seperti cintanya kepada saudaranya.

Manfaatkan cuti dihujung minggu menziarahi sanak saudara dan sahabat handai kerana Allah.

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

19hb Mac 2016

Sunday, March 13, 2016

KANAK2 DI DALAM SAF ORANG DEWASA.

KANAK2 DI DALAM SAF ORANG DEWASA.

Bolehkah kanak2 Solah di dalam saf hadapan bersama orang dewasa ?

Petikan dari video Dr Abdul Basit :

Menurut Mazhab As Shafie di dalam kitab Mughni Al-Muhtaj yang ditulis oleh Imam Nawawi yang mana mempunyai satu pandangan yang dinukilkan dari 5 ulama' besar mazhab Shafie, menyatakan :-

1) Adalah baik/mesti membawa anak2 itu diletakkan di sebelah orang dewasa dengan syarat yang telah Mumayiz (sudah dapat membezakan sesuatu yg baik dan sesuatu yg buruk - lingkungan umur 7 tahun) supaya mereka belajar cara nak solah.

2) Adapun sekiranya kanak2 ini hadir serentak bersama dengan orang dewasa di saf hadapan dan penuh, maka boleh diminta dengan cara yang berhemah untuk mereka berada di saf kedua / saf di belakang orang dewasa.

3) Sekiranya kanak2 ini telah terdahulu hadir dan berada di saf hadapan, maka jangan sekali kita menarik mereka / mengarahkan mereka ke belakang bagi memberi laluan kepada orang dewasa yang baru hadir / yang datang lewat daripada kanak2 tadi kerana kanak2 ini mempunyai hak berada di saf yang pertama.

4) Walau bagaimanapun, kanak2 yang berada disafkan hadapan hendaklah tidak berada betul2 di belakang Imam kerana Sabda Nabi S.AW , Orang yang solah di belakang imam hendaklah orang dewasa yang cerdik dan mempunyai ilmu, kerana orang ini boleh menggantikan Imam ketika Solah sekiranya Solah imam terbatal.

Bagi kanak-kanak yang belum mumayiz dan hadir ke surau / masjid. Maka ianya adalah menjadi tanggungjawab Ibu / Bapa / Penjaga yang membawa mereka memastikan agar mereka tidak melakukan gangguan bising dan mengganggu makmum lain yang sedang solah. Wallahuaklam.

FITRAH ANAK ITU BERMAIN

FITRAH ANAK ITU BERMAIN

1. Hari ini impian mak ayah semakin menggila, anak seusia tahun dua sudah diajar ke tusyen segala.

2. Anak kecil ini terlena ditangga tusyen sebab mak ayahnya lambat ambil.

3. Saya yang lihat rasa nak menangis pun ada. Hati kita dimana?. Saya benar benar terluka melihat sikap ayahnya.

4. Pagi sekolah agama, petang sekolah vernakular dan malam tusyen segala. Kita nak dia jadi Profesor? atau Menteri serba guna?

Ibubapa yang mulia

5. Fitrah anak itu bermain, berkawan dan bercerita. Bukan belajar sepanjang masa.

6. Zaman ketawa, menangis, mengusik adik, kotorkan baju dan kasut sekolah itu mesti ada.

Zaman makan aiskrim, beli jajan, tangkap kucing, naik basikal, mandi kolam, kejar anjing itu wajib ada.

7. Jangan rosakkan zaman emas mereka dengan belajar dan hilangkan senyum ketawa dimuka.

8. Semua ibubapa nak anaknya berjaya tetapi jangan jadikan anak kita 'trophy' yang kita boleh banggakan waktu cerita dengan kengkawan di tempat kerja.

9. "Anak aku semua masuk smart reader, khalifah, smart kids segala bagai". Apakah kita nak anak kita jadi bijak pandai seperti menteri itu?

10. Takut sangat anak gagal dan tidak cemerlang, pandai sangatkah kita dulu hingga nak anak hebat begitu?

11. Bila anak tidur, lihatlah wajah mereka. Letihnya mereka dengan sistem pendidikan yang ada, yang berubah sepanjang masa.

12. Kita selalu kata, "anak tak pandai pun tak mengapa, yang penting solatnya terjaga".

Tetapi bila tak dapat cemerlang tahun dua dah hantar tusyen sampai tidur atas tangga.

Jangan jadi ibubapa yang hilangkan senyum ketawa anak dimuka mereka.

Cuti ini bawaklah mereka bermain bagi kembalikan senyum dan ketawa. Fitrah anak anak itu bermain kengkawan, jangan bunuh jiwa mereka

Nota: Disalin dari edaran media sosial

Dr. Hj. Tengku Asmadi Tengku Mohamad

Friday, March 11, 2016

Nota

Firstly sorry ganggu, tetapi cubelah bace mesej ni dengan hati yang ikhlas 😔Bace smpai habis Yee..
5:00 am kita bangun solat subuh, kemudian kita bersiap2 utk ke tempat kerja, sampai ofis jam 7:30 am, hari masih gelap.

Maybe kita anggap hari nak hujan, so abaikan. Masuk ofis, buat kerja apa yang patut, dan kita tgk jam 10:00am, sudah time nak pergi breakfast.

Keluar pintu ofis, suasana masih gelap, hitam pekat macam malam..mungkin masih boleh dianggap hari nak hujan lagi. So abaikan.

Tapi kalo jam 12:00pm pun hari masih gelap..apakah petanda itu?..keesokkan pun sama, buka tv semua orang kelam kabut menceritakan bahawa dunia ini sudah tiada lagi siangnya..dan begitu juga dengan lusa..masih tiada lagi matahari..

Tetapi pada hari keempat kita bangun pagi, kita dapat melihat matahari, tetapi jangan terkejut kerana matahari telah terbit dari sebelah barat..
Kehebatan ahli dunia akan mengatakan itu fenomena alam, tapi sedarkah kita itulah petanda besar yang paling awal sebelum tibanya hari kiamat!!
Maka telah tertutuplah pintu taubat..yang bertaubat tapi Allah masih belum terima taubatnya juga akan ditutup pintu taubat..

Saat itu, kita akan lihat satu fenomena luar biasa di mana golongan kaya akan keluarkan semua harta utk diinfakkan, golongan yang tidak pernah baca quran, 24 jam baca quran, golongan yang tak pernah solat jemaah akan berlari2 menunaikan solat secara  berjemaah..tapi sayangnya segalanya sudah tidak berguna lagi..

Bismillahirrahmanirrahim.
😒 Kenapa kita tidur time Allah memanggil? Tapi kita sanggup tahan mengantuk saat menonton filem selama 3 jam?

😣 Kenapa kita bosan saat baca al-qur'an? Melainkan kita lebih rela membaca timeline twitter, wall facebook, novel atau buku lain?

😔 Kenapa kita senang sekali mengabaikan pesanan dari Allah? Tpi kita sanggup memforward pesan yang aneh-aneh?

😢 Kenapa masjid semakin kecil? Tapi bar dan club? semakin besar?

😖 Kenapa kita lebih sangat senang memuji ARTIS? Tapi sangat susah untuk memuji ALLAH? Pikirkan itu   
      😏 Apakah anda akan menforward pesanan ini?

😞 Apakah anda akan mengabaikan pesanan ini kerana takut ditertawakan dengan rakan yang lain? Allah Berkata: "Jika kamu menyangkal Aku di depan teman-temanmu, Aku akan menyangkal kamu pada saat hari penghakiman..."

1. Biarkan didalam whatsapp  anda tanpa bermanfaat untuk org lain.

2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda. . Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa yang menyampaikan 1(satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala  😊
-renungkanlah..
Bacalah mesti seronok
KIAMAT menurut Agama Islam di tandai dgn:
          - Kemunculan Imam Mahdi
          - Kemunculan Dajjal
          - Turunnya Nabi Isa (AS) 
          - Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
          - Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
          - Pintu pengampunan akan ditutup
          - Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
          - Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
          - Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
          - Pemusnahan/runtuhnya Kabah
          - Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
          - Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
          - Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali
         
          Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
          "Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku  buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
         
Kita boleh kirim ribuan bbm mesra, promote, bc yang  terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x....knapa begini..?
         
          Bukankah Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"
         
Kerugian meninggalkn solat:
          Subuh:
          Cahaya wajah akan pudar.
          Zuhur:
          Berkat pendapatan akan hilang.
          Asar:
          Kesihatan mulai terganggu.
          Maghrib:
          Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
          Isya':
          Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.
          Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama
          Niatkan ibadah(sebarkan ilmu walau 1 ayat)
         
          Nasihat Kubur:          🔊
         
          1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD
         
          2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM..
         
          3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca 📖 AL-QUR'AN.
         
          4). Aku adalah tempatnya binatang2 🐍 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
         
          5). Aku yg menyepitmu hingga hancur  bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
         
          6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, 😲 bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
         
          7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"
         
          Kirim 📩 ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..
          Karena, saat kamu membawa Al-Qur'an, setan biasa2 saja.
          Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga.
          Saat kamu membacanya, ia gelisah.
          Saat kamu mmahaminya, ia kejang2.
          Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan shari-hari, ia stroke.

          Trus n trus baca & amalkan agar syaitan stroke semuanya juga jantungnya dan mati.

          Ketika anda ingin menyebarkan .. ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya.
         
          Syaitan berbisik;
          "Sudahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pun, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca oleh orang lain"...
         
          Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda ..
         
  Ø Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
          1. Waktu
          2. Kata-kata
          3. Kesempatan
K: Kiblat
A: Arah
A: aku
B: Bersujud hingga
A: akhir
H: Hayatku
Ringankan tangan dengan mmfowrd ayat ini 😌  
Fowrd cpat kerna x smpai berapa sesaat pun nak buat..
Sama2lh kita ingat mengingat☺☺

Wednesday, March 9, 2016

Hadis

~السلام عليكم ورحمة الله وبركاته~

■HADIS PILIHAN ~ Silaturrahmi■

Dari Abu Hurairah رضي الله عنه   bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم   bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : لاَ تَحَاسَدُوا وَلاَ تَنَاجَشُوا وَلاَ تَبَاغَضُوا وَلاَ تَدَابَرُوا وَلاَ يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَكُوْنُوا عِبَادَ اللهِ إِخْوَاناً . الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يَخْذُلُهُ وَلاَ يَكْذِبُهُ وَلاَ يَحْقِرُهُ . التَّقْوَى هَهُنَا -وَيُشِيْرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ – بِحَسَبِ امْرِئٍ مِنَ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ، كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ ))

“Janganlah kalian saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling menjauhi dan janganlah membeli barang yang sedang ditawar orang lain. Dan jadilah kamu sekalian
hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim itu saudara bagi muslim yang lain, maka tidak boleh menzhaliminya, menelantarkannya, mendustainya dan menghinakannya. Taqwa itu ada di sini (seraya menunjuk dada beliau tiga kali). Seseorang telah dikatakan berbuat jahat jika ia menghina saudaranya sesama muslim. Setiap muslim haram darahnya bagi muslim yang lain, demikian juga harta dan kehormatannya”.

(HR. Muslim No.35)

Ayuh kita berpuasa Sunnah

Ayuh kita berpuasa Sunnah

Hari Isnin dan Khamis
Diriwayatkan dari Usamah bin Zaid Radhiyallahu anhuma, dia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam selalu berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, manakala beliau ditanya tentang hal tersebut, beliau menjawab:

إِنَّ أَعْمَالَ اْلعِبَادِ تُعْرَضُ يَوْمَ الإِثْنَيْنِ وَالْخَمِيْسِ.

‘Sesungguhnya amal-amal hamba dihadapkan (kepada Allah) pada hari Isnin dan Khamis.’”

UK